AYAT TERBITAN.
Maksud
ayat terbitan :
- Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.
 - Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.
 
Proses
Penerbitan Ayat :
Proses Pengguguran.
Pengguguran unsur-unsur
daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan
tidak lagi wajib.
- Pengguguran FN sebagai subjek. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh, awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.
 - Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh,Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.
 - Pengguguran frasa predikat. FK yang serupa. Contoh, Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.= Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
 - FN yang serupa. Contoh, Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambing Negara = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang Negara.
 - FA yang serupa. Contoh, Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
 - Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh, Dua masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.
 
Pengguguran
bahagian-bahagian frasa predikat. 
- Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.
 - Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari = Dia boleh menyanyi dan menari.
 - Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
 - Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh, kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan
 - Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif. Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
 - Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
 - FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh, kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.
 
No comments:
Post a Comment